Tuesday, June 30, 2009

Perutusan Pegawai MARA Daerah Keningau

Assalamualaikum W.B.T salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di atas keizinanNya jua dapat kami mempersiapkan Blog Marakeningau ini khas untuk anda sebagai saluran interaktif demi memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami seterusnya menyahut saranan penggunaan ICT di dalam kerja-kerja seharian.

Hasrat kami ingin mempromosikan produk dan perkhidmatan serta perniagaan usahawan Bumiputera di Daerah Keningau ini terutama penyewa-penyewa Plaza D'MARA Keningau dan juga usahawan di daerah Tambunan, Keningau, Tenom dan Nabawan yang masih memerlukan kami untuk membantu mereka mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Kerana bagi kami, Kejayaan mereka adalah KPI kami.

Kami seluruh warga kerja Pejabat MARA Daerah Keningau ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan setinggi-tinggi kepada semua pihak yang menjayakan Blog ini terutama Pihak Pengurusan MARA Sabah, staff MARA Keningau, Persatuan D'MARA Keningau, para usahawan dan pelanggan kami yang memberi sokongan sehingga terlancarnya Blog ini. Kami berjanji akan memperbaiki dan mengemaskini Blog ini demi kebaikan bersama.

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment